sknukahan.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sknukahan@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA MANTAN
GURU BESAR
(PN. HJH DYG. DAMIT HJ SULAIMAN )


Assalamualaikum Wrbkth.

Alhamdulilah, saya memanjatkan kesyukuran setinggi-tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan dengan limpah kurnianya laman web ini dapat dihasilkan dan dapat dikunjungi oleh semua pihak.Saya selaku wakil kepada PIBG, kakitangan dan warga sekolah ini ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembangunan laman web ini dan seterusnya kepada semua pemgunjung.

Adalah besar harapan saya dengan adanya laman web ini dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: